Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


MELAKA FM Berkampung & MBMB Bersama DUN DUYONG 2015

Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dapat merapatkan jurang antara satu sama lain serta menjalinkan kerjasama diantara komuniti setempat dan luar dan menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Duyong, Melaka

09 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Kelebihan dan kebaikan program ini adalah untuk menjalinkan hubungan baik dengan penduduk kampung serta mewujudkan kerjasama antara satu sama lain...baca selanjutnya

Program Semarak Ramadan 2015/1436H

03 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...baca selanjutnya

Majlis Ambang Ramadhan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong

14 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Bagi memenuhi tuntutan dan mengambil keberkatan bulan Syaaban yang bakal berakhir dalam empat hari lagi Pusat Internet 1 Malaysia mengambil kesempatan yang tinggal bagi meraikan kedatangan Ramadhan dengan mengadakan Majlis Ambang Ramadhan pada 14 June 2015. Antara pengisiannya ialah Tazkirah Ramadhan, Solat Dhuha berjemaah, bacaan yassin dan tahlil...baca selanjutnya

Pertandingan Tamiya Peringkat Pusat Internet 1 Malysia Kampung Duyong

30 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

SIRI kartun anime, Dash Yonkuro yang ditayangkan pada tahun 1990 di kaca televisyen ternyata telah memberi pengaruh besar kepada lapisan masyarakat. Siri kartun itu memaparkan kisah lima sahabat yang diketuai oleh seorang kanak-kanak, Yonkuro Hinomaru dalam pasukan lumba kereta mini Dash Warrior...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK VS KONVOI MBMB

11 April 2015 | Aktiviti Terkini

Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan salah satu agenda yang penting bagi negeri Melaka. Hari Melaka Bandaraya Bersejarah disambut pada tanggal 15 April setiap tahun...baca selanjutnya

Seminar Wanita Muda Dan Karnival Futsal

8 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Karnival seumpama ini merupakan salah satu acara yang julung kali diadakan. Ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan disamping melahirkan golongan yang berintegriti tinggi...baca selanjutnya

Latihan Kebakaran dan Kecemasan

28 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa dan dimana sahaja. Api semasa kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan. Atas inisiatif JKKK dan Penduduk Kampung Pusat Internet 1 Malaysia cawangan Duyong Tengah telah mengadakan latihan kebakaran dan bantuan kecemasan untuk memberikan khidmat sosial...baca selanjutnya

Sambutan Maulidur Rasul 1436H

03 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti