Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

- Tiada Maklumat -



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016

Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik) 2016 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Bengkel My Komuniti Kreatif Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016

My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, video atau Instagram...baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya 2016

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan...baca selanjutnya

Majlis Berbuka Puasa

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2016

Secara bahasa, puasa atau shaum dalam bahasa Arabnya berarti menahan diri dari segala sesuatu. Jadi, puasa itu ialah menahan diri dari segala perkara seperti makanan, minuman, berbicara, menahan nafsu dan syahwat, dls. Sedangkan secara istilah, puasa yaitu menahan diri dari segala sesuatu yang bisa membatalkan puasa yang dimulai sejak terbit fajar hingga matahari terbenam...baca selanjutnya

Program Interaktif Dan Lawatan Permata

Aktiviti Terkini | 09 Mac 2016

Cetusan idea untuk melaksanakan projek perintis PERMATA Negara lahir daripada ilham dan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tersentuh dengan permasalahan dan gejala social yang kian melanda para remaja pada masa kini. Beliau melahirkan kebimbangan dengan masalah dan gejala sosial yang semakin berleluasa melanda para remaja dan amat prihatin terhadap kesan dan impak ke atas generasi ini sekiranya ianya tidak dibendung sejak awal lagi...baca selanjutnya

Majlis Ziarah dan Tautan Kasih

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016

Program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh JKKK Duyong Tengah, Japerun dan Pusat Internet 1 Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Melaka FM dan lain-lain agensi. Matlamat program ini ialah untuk membantu golongan yang memerlukan kan orang tua serta kurang upaya...baca selanjutnya

Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 08 Januari 2016

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti